Puasa ke Poseur??
Nampaknya, bulan ramadhan dah bermula. Kepada umat Islam, mereka akan menahan diri dari makan, minum dan yang sewaktu dengannya. Memperhebatkan amalan diri, bagi mengutip keredhaan-Nya. Bulan ni, akan bermula lah orang memenuhi masjid dan surau, akan ramailah perempuan-perempuan yang mula berjinak-jinak dalam fesyen bertudung, akan gembiralah anak-anak kecil bermain polis sentry semasa bapa-bapa bersolat tarawikh. Itulah antara fenomena yang acapkali di perhatikan di bulan puasa.
Ramai akan berkata, "eh, puasa is a good opportunity for me to quit smoking, to menjauhkan kemungkaran, to segala-galanya lagi lah". Bagus-bagus, tindakan dan keazaman yang wajar di puji. Salute & tabik springgggggg! (sfx iklan adibah noor).
Tapi yang tak berapa nak best nyer, bulan ni akan dijangkakan statistik penyakit gastrik akan bertambah, penyakit hati akan berkurang sedikit, tapi penyakit membazir akan mencecah indeks yang melampau. Puasa jer, mulalah, pergi bazaar ramadhan, beli segala macam jenis juadah (bercakap ikut pengalaman sendiri ni.. he he). Kuih pelita la, murtabak laa, roti john la, popia basah la, air tebu, soya, jagung, bubur yang bewarna-warni, nasi campur, semuanya cukup (gulp, laparnyerrrr).
Rasa-rasa, si pembeli punya kuantiti barangan, mengalahkan kuantiti barangan yang dimiliki oleh Sang peniaga, macam boleh bukak gerai sendiri pulak. Dan bila seminggu nak raya, orang akan membanjiri gedung-gedung baju, dan bagi yang mampu, akan berkira-kira duit simpanan untuk memperbaharui segala jenis perabot rumah. Yer la, raya setahun sekali, tapi hutang credit card yang ditanggung, mahu sepuluh tahun baru terbayar beb…
Tapi yang best nyer, bulan puasa menggalakkan perkembangan sihat di dalam keluarga. Ibu-ibu dan bapa-bapa akan dapat meluangkan masa untuk berbuka dengan anak-anak di rumah… Drum roll ("utamakan keluarga, semakin hari semakin sayang" - sambil dato’ Sharizat memberi thumbs Up!).
P/s- walaubagaimanapun, hopefully bukan di bulan puasa jer kita baru nak jadi baik. Bulan januari, febuari dan seterusnya kena la kita berterusan memperbaiki diri. Nasihat ini, di dedikasikan untuk diriku sendiri!
December 13th, 2008 at 4:28 pm
Hi!
My name is Jessika!